Thursday, 15 March 2018

MEMASANG PERISIAN SISTEM OPERASI DAN APLIKASI

Peranan Sistem Operasi
Secara umumnya, sewaktu komputer melaksanakan perisian aplikasi, sistem operasi berperanan
seperti berikut :
a) Mengawal perlaksanan arahan-arahan dan program serta memantau prestasi
sistem.
 Sistem Pengoperasian mempunyai Pemantau Operasi iaitu program yang
menilai dan melaporkan pelbagai sumber dan peranti.
 Membantu pengguna mengenalpasti masalah sumber dan seterusnya.
b) Mengurus peranti-peranti (devices) input, output dan storan (configuration device)
 Sistem Pengoperasian berinteraksi dengan pemacu peranti. pemacu peranti
adalah program kecil yang akan berinteraksi dengan program lain dan menukar
arahan tersebut kepada arahan yang difahami oleh komputer.
 Plug and play adalah keupayaan komputer untuk mengenalpasti peranti baru
memasukan pemacu secara automotik dan memeriksa konflik dengan peranti
lain.

c) Pentadbiran keselamatan
 Operating berbilang pengguna (Multi User) membenarkan pengguna log on iaitu
dengan memasukkan nama pengguna (username-ID) dan kata laluan sebagai
password.

d) Pengurusan storan media dan fail
 Sistem Pengoperasian mempunyai program yang dikenali sebagai pengurus fail
(Fail manager) yang berfungsi sebagai pengurus storan dan pengurus fail.
 Antara fungsi program Fail Manager
- Format dan salinan hard disk.
- Memaparkan senarai fail dalam media storan.
- Memeriksa ruang yang telah digunakan dan ruang kosong.
- Menyalin, mengedit, menyusun, memadam dan menukar nama fail.

e) Mengurus Memori
 Berfungsi untuk mengoptimumkan penggunaan ingatan (RAM)
 Sistem Pengoperasian mempunyai kawasan memorinya yang dikenali sebagai
Buffers (tempat dimana data dan makumat disimpan sementara menunggu
dilaksanakan).

PENGURUSAN CAKERA KERAS

Image result for harddisk
2.1 Tujuan pengurusan dan pembahagian cakera keras (HardDisk) :

 Bagi mengenalpasti kapasiti cakera keras, contoh 40GB, 80GB, 160GB, 500GB dan
seterusnya. Tujuannya adalah untuk membuat perancangan semasa memprogramkan
cakera tersebut.
 Disebabkan Cakera keras sangat sensitif dan tidak boleh terhentak atau terjatuh kerana
boleh menyebabkan kerosakan pada cakera keras tersebut serta perlu disimpan di tempat
yang selamat.
 Windows menyediakan alat atau utliti seperti defragment, disk cleanup, scandisk dan
sebagainya untuk membersihkan kesilapan yang tedapat di dalam cakera keras yang
menyebabkan masalah atau memenuhi ruang.
 Supaya cakera keras boleh digunakan sebelum memasukkan operasi program.
 Membuat kepada beberapa partition (Drive C: atau D:), tujuannya untuk memudahkan
penyimpanan data dan program-program contohnya drive C: untuk installation program dan Drive D: untuk menyimpan data-data.

Tujuan MemFormat Cakera Keras

 Format perlu sebelum cakera keras diprogramkan.
 Format adalah untuk memasukkan system file.
 System File memastikan semua sector-sector dalam cakera keras berfungsi.
 Salah satu proses untuk mengosongkan sesebuah cakera keras.

Image result for SEKTOR CAKERA KERAS

Pemilihan system Fail

Matlamat pembahagian cakera keras adalah untuk membolehkan pemasangan sistem operasi ke atas
cakera keras supaya komputer mudah diguna dan dikendali. Untuk sistem operasi yang berlainan,
maka model fail juga berlainan. Contohnya bagi Windows 98/ME, sistem failnya dikenali sebagai
FAT32, manakala untuk windows 2000/XP/Vista, sistem failnya dikenali sebagai
NTFS. Walaupun Windows 2000/XP menyokong fail FAT32, tetapi untuk sistem NTFS, kelajuan
menyimpan maklumat dan kegunaan ruangan cakera keras, NTFS boleh dikatakan lebih berkuasa dan
berkesan daripada FAT32.

Sistem Fail FAT32

 Menawarkan beberapa penambahbaikan yang ketara berbanding FAT16 iaitu kecekapannya
menggunakan ruang hardisk serta menyokong kapasiti hardisk sehingga 2TB.
 Antara sistem operasi yang menyokong FAT32 ialah Windows 2000, Windows 9X sejak Windows
95 OSR2 diperkenalkan.
 Windows NT4 tidak menyokong FAT32.
 FAT32 tidak menawarkan keselamatan ke atas fail dan folder.
 Sesiapa yang berada dalam sistem yang menggunakan FAT32 boleh menceroboh atau
mengakses kandungan failnya.
 Tidak menyokong ciri-ciri Disk Compression (Pemampatan Cakera) yang penting untuk
menjimatkan ruang hardisk.


Sistem Fail NTFS

 Dibangunkan bersama-sama dengan sistem operasi Windows NT.
 Menawarkan penambahbaikan ketara berbanding FAT16 dan FAT32 yang digunakan dalam
Windows 9X.
 NTFS dicadangkan bagi sistem operasi yang menggunakan lebih banyak aplikasi.
 Dalam Windows NT, Windows 2000 dan Windows 7 dan sebagainya NTFS digunakan untuk
memantapkan lagi kegunaan sistem fail FAT16 dan FAT32.
 NTFS tidak boleh digunakan dalam sistem operasi Windows 9X.
 NTFS menawarkan keselamatan ke atas fail dan folder iaini dapat menghadkan akses ke atas
fail dan folder dalam sistem tempatan.
 Berupaya menyokong maksimum saiz volume melebihi 2TB.
 NTFS menawarkan persembahan pada peringkat paling baik berbanding FAT terutama bagi fail
yang besar.
 NTFS menawarkan kebolehan pemampatan fail. Ini sangat berguna untuk menjimatkan ruang
hardisk kerana fail-fail aplikasi sekarang seperti video, grafik dan multimedia adalah besar.

: PENGENALAN PERISIAN ANTI VIRUS

 Jenis-jenis virus Terbahagi kepada 3 kategori :
• Virus Boot Sector
• Virus Fail
• Virus Makro

a. Virus Boot Sector

• Virus jenis ini menjangkiti sector boot(boot sector) di dalam disket (floopy disk) dan samada
   Master Boot Record (MBR), sector sekatan (partition sector), DOS Boot Record atau sector
   boot DOS pada cekera keras.
• Satu cara virus menjangkiti sebuah komputer ialah apabila cakera yang dijangkiti dibootkan.

b. Virus Fail

• Kebanyakkan virus file menjangkiti file-file pelaksana(executables) yang memiliki
  sambungan seperti COM dan EXE.
• Ia hanya aktif apabila fail yang dijangkiti itu dijalankan.

c. Virus makro

• Microsoft word mempunyai bahasa yang sangat berkuasa iaitu MAKRO.virus-virus boleh
  ditulis menggunakannya.ianya memerlukan microsoft word 6 ke atas, windows 3.x,win 95
  ,win NT atau macintosh.
• Ianya merebak melalui fail-fail dokumen yang dijangkiti keseluruhannya melalui floppy
  disk,internal LAN(yang datang bersama e-mails),atau melalui internet.

Virus dapat dikesan, apabila sistem tiba-tiba meragam dengan operasi yang aneh
pada skrin.

I.      Paparan mesej aneh pada skrin
II.     Bunyi aneh dimainkan pada masa tertentu.
III.    Sistem mempunyai memori yang rendah daripada sepatutnya.
IV.    Nama cakera bertukar.
V.     Program yang tidak diketahui mula wujud pada sistem dan sesetengah fail rosak atau gagal
         berfungsi.
VI.    Kehilangan program atau fail.
VII.  Virus juga dapat dikesan berdasarkan saiz beberpa fail seperti .exe dan .com, apabila
         saiz fail ini didapati berubah dan tidak tahu punca perubahan.
VIII. Dalam kes yang teruk ,sistem tidak dapat dimulakan terus terutama jika semua cakera
         keras sistem terhapus atau bahagian but dirosakkan sama sekali.

Contoh perisian antivirus         
Image result for antivirus1. Norton Anti Virus
2. Kaspersky
3. AVG
4. Avira
5. Avast
6. Mcafee
7. PC-cilin

8. F-secure

PENGENALAN PERISIAN PEJABAT

Proses Pemasangan PerisianPejabat

a. Perlu mendapatkan fail pemasangan Perisian Pejabat yang sesuai iaitu dengan cara
    memuat turun fail pemasangan daripada Laman web atau Membeli Produk perisian pejabat
    contoh Microsoft Office.
b. Proses pemasangan Perisian pejabat bagi Microsoft office 2010 kebiasanya bermula
    dengan Memasukan DVD installer ke dalam DVD-ROM dan secara autmatik satu dialog
    paparan installation Microsoft office 2010 akan dipaparkan.
    Dalam dialog ini hanya perlu menunggu untuk proses installation seterusnya
c. Seterusnya Paparan Produk Key
    Dalam dialog ini anda di arahkan untuk memasukkan nombor lessen ke dalam medan
    teks yang disediakan: “Kebiasanya Nombor jualan (lesen) boleh diperolehi pada
    bungkusan DVD dalam Perisian Microsoft Office”
d. Seterusnya Perjanjian tema dan syarat
    Dialog ini memberikan penerangan penuh mengenai perjanjian lesen : Sila baca
    keseluruhan teks dengan teliti. Untuk mengesahkan bahawa anda telah membaca,
    memahami dan menerima perjanjian ini.
e. Seterusnya Pemilihan Jenis Pemasangan (Installation Optian)
f. Proses pemasangan (Installation)
   Paparan ini menunjukkan proses pemasangan Perisian Microsoft Ofiice.
g. Dialog Pemasangan berjaya
    Mengesahkan bahawa Perisian Microsoft office telah dipasang dan dikonfigurasi
    sepenuhnya.
h. Setelah selesai anda perlulah mengeluarkan DVD installer dari DVD-ROM.

MEMBUAT PENGUJIAN SEMAKAN HASIL DARIPADA PEMASANGAN PERISIAN
a. Memastikan perisian serasi (compatible) dengan perisian yang lain agar perisian dapat
beroperasi sepenuhnya.
b. Sentiasa memastikan perisian yang dipasang dikemaskini (update) secara automatik atau
manual supaya perisian berfungsi lancar dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
c. Semasa proses penggunaan perisian pastikan perisian tidak dijangkiti virus yang boleh
merosakkan sistem operasi komputer.
d. Mendapatkan lesen perisian / perisian naik taraf (upgrade)

 Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar
perisian.
 Untuk menaiktaraf perisian kepada versi yang baru perlulah mendapatkan lesen
perisian tersebut yang terbaru.
 Lesen perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ia terhad kepada versi
yang lama sahaja.
 Lesen mestilah memperbaharui lesen jika lesen yang sedia ada telah tamat
tempoh. Ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dan
pengeluar perisian. Mestilah mengikut prosuder yang telah ditetapkan,barulah
ianya sah.

e. Tetapkan 'System Restore Point'

i. Tetapkannya pada masa komputer anda berada dalam keadaan paling baik dan
stabil agar apabila berlaku kerosakan pada perisian system restore akan
mengembailkan kepada keadaan asal.Langkah – langkahnya :-
ii. Klik start -- > all program
iii. cari 'Accessories'
iv. cari 'system tools'
v. klik 'system restore'
vi. paparan terbuka dan 'check' pada ' 'create a restore point'
vii. ikut langkah seterusnya dengan klik pada 'next'...


f. Buang Fail yang tidak Diingini

Hakcipta Terpelihara © 2016 GIATMARA



Windows menyediakan 2 cara bagi membuang fail-fail yang tidak ingini seperti
cookies, fail internet sementara(temporary intenet files) dan sebagainya agar perisian
yang dipasang tiada gangguan daripda fail-fail yang tidak ingini:-
a. Disk Cleanup
Ini akan membuang fail seperti fail sementara, recycle bin, fail mampat
lama(compressed), fail program muat turun dan laim-lain.
b. Padam sejarah pelayaran (browsing history)
Antara fail-fail 'browsing history' ini adalah cookies.

g. Defragment komputer

The Disk Defragmenter Windows mengorganisasikan fail dan data bagi membantu
komputer berjalan dengan lancar. Ia menggerakkan fail yang kerap digunakan untuk
kawasan yang mudah di akses dan kurangnya fail digunakan , sebaliknya. Ia juga
mengumpulkan fail berpecah-belah dan kumpulkannya kembali bersama-sama. Anda
harus defrag komputer anda setiap 10-15 hari.

a. Segala aktiviti-aktiviti perlulah direkodkan supaya senang dirujuk untuk senarai semak yang akan
datang.
b. Setelah diteliti dan setiap kali diperiksa perisian tersebut, haruslah membuat laporan dan juga
senarai semak (checklist) bagi setiap kali pemeriksaan dan juga penggunaan perisian tersebut.
c. Untuk membuat kedua-dua tugas tersebut ,juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosuder
setiap perisian yang berkenaan

MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER

MENGUJI UNIT SISTEM
 
PENGENALAN KEPADA BIOS

Image result for BIOS

BIOS, dalam pengkomputan, merupakan singkatan kepada Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara perisian lain yang disimpan di dalam pelbagai bahantara (seperti cakera kerascakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up).
BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan ke dalam suatu cip yang mengenali dan mengawal papan ibu serta pelbagai peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk komputer peribadi. Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitorboot loader atau boot ROM biasa digunakan.
Walaupun nama BIOS itu adalah akronim, ia boleh menjadi permainan kata Greek βιος (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali muncul dalam sistem pengendalian CP/M, memerikan bahagian CP/M yang dimuat ketika masa but yang mengantara muka terus dengan perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah dalam ROM). Kebanyakan versi DOS mempunyai fail bernama "IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.

BIOS ( BASIC INPUT / OUTPUT SYSTEM )
i. Merupakan papan litar @ chip yang berada papan induk ( MOTHERBOARD) dan bertindak
mengawal bagaimana sesebuah sistem komputer berfungsi @ beroperasi.
ii. Chip ini mungkin dalam bentuk EPROM @ ROM jenis yang lain.
iii. Chip BIOS hanya mampu menampung sejumlah kecil data @ arahan sahaja.

JENIS-JENIS BIOS
o AMI BIOS
o PHOENIX
o DTR
o MR
o QUADTEL

TUGAS UTAMA BIOS
i. BIOS akan secara automatik mengaktif dan mencapai data @ maklumat yang berkaitan dengan
jenis pemproses mikro yang digunakan (sama ada pentium 2,3,4 dan seterusnya) dari CPU.
ii. BIOS melaksanakan ujian sendiri ( SELF TEST ) terhadap CPU.
iii. BIOS membaca maklumat berkaitan dengan sistem komputer daripada peranti yang dinamakan
"CMOS' ( COMPLIMENTARY METAL OXIDE SEMICONDUCTOR ) yang berada pada chip
masa nyata ( REAL TIME CHIP )RTC bersama-sama dengan jam , sistem dan bateri.
iv. CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan perkakasan seperti :
 Jenis pemacu cakera keras,pemacu cakera liut dan saiz ingatan utama sesebuah sistem
komputer.
v. Selepas maklumat dari CMOS dicapai BIOS kemudiannya menentukan  jumlah ingatan utama
yang ada dan membandingkannya dengan nilai yang sedia ada di dalam CMOS.
vi. Sekiranya nilai sedia ada tidak menyamai nilai yang ada dalam CMOS,1 mesej amaran akan
dipaparkan pada skrin.
vii. Ada kemungkinan yang akan berlaku :
 Sama ada terdapat masalah pada chip.
 Penambahan jumlah ingatan tanpa terlebih dimaklumkan kepada sistem komputer secara
rasmi.
 BIOS mencari sistem pengoperasian ( cth:WINDOW,LINUX,XP ) yang digunakan oleh
sistem komputer tersebut mengikut maklumat yang diberikan oleh CMOS.
viii. Setelah sistem pengoperasian ditemui BIOS menyerahkan tugasnya kepada sistem
pengoperasian tersebut.

CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS

  • Pada umumnya anda dapat menekan salah satu diantara kekunci dari: F1, F2, Del, Esc, F10 atau F12 pada keyboard ketika pada saat melakukan booting (skrin hitam pada saat komputer pertama kali dinyalakan).
  • Image result for CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS

BIOS adalah komponen utama dalam penetapan sesuah komputer. Penetapan BIOS adalah
dibuat oleh pengguna mengikut keperluan dan mempunyai kapasiti mínimum dan máximum
dalam penetapan nilai perkakasan yang ada didalam komputer
Perkara yang boleh ditetapkan didalam BIOS ialah :
1. Tarikh
2. Masa
3. Overclock
4. Boot Sequence
5. Graphic Sharing
6. Penggunaan port bina dalam (Build-in)
7. Penetapan perkakasan bina dalam (Build-in)
8. Penetapan semula ke penetapan kilang
9. Penetapan kata laluan
10. Penetapan penetapan maksima perkakasan
Image result for CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS

Monday, 12 March 2018

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN

KESELAMATAN DI MAKMAL KOMPUTER


langkah-langkah keselamatan di makmal komputer

1. dilarang masuk makmal komputer tanpa kebenaran pensyarah
2. dilarang minum di makmal komputer
3. jika terdapat bau atau kebakaran, sila bagitahu pensyarah dengan segera.
4. padamkan mana-mana suis yang tidak diperlukan.
5. laporkan segala kerosakan perkakasan dan perisian kepada pensyarah.
6. pelajar dilarang mengubah konfigurasi komputer.
7. susun atur semua peralatan dan perabot sentiasa kemas dan teratur.