PENGENALAN KEPADA BIOS
BIOS, dalam pengkomputan, merupakan singkatan kepada Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara perisian lain yang disimpan di dalam pelbagai bahantara (seperti cakera keras, cakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up).
BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan ke dalam suatu cip yang mengenali dan mengawal papan ibu serta pelbagai peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk komputer peribadi. Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitor, boot loader atau boot ROM biasa digunakan.
Walaupun nama BIOS itu adalah akronim, ia boleh menjadi permainan kata Greek βιος (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali muncul dalam sistem pengendalian CP/M, memerikan bahagian CP/M yang dimuat ketika masa but yang mengantara muka terus dengan perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah dalam ROM). Kebanyakan versi DOS mempunyai fail bernama "IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.
BIOS ( BASIC INPUT / OUTPUT SYSTEM )
i. Merupakan papan litar @ chip yang berada papan induk ( MOTHERBOARD) dan bertindak
mengawal bagaimana sesebuah sistem komputer berfungsi @ beroperasi.
ii. Chip ini mungkin dalam bentuk EPROM @ ROM jenis yang lain.
iii. Chip BIOS hanya mampu menampung sejumlah kecil data @ arahan sahaja.
JENIS-JENIS BIOS
o AMI BIOS
o PHOENIX
o DTR
o MR
o QUADTEL
TUGAS UTAMA BIOS
i. BIOS akan secara automatik mengaktif dan mencapai data @ maklumat yang berkaitan dengan
jenis pemproses mikro yang digunakan (sama ada pentium 2,3,4 dan seterusnya) dari CPU.
ii. BIOS melaksanakan ujian sendiri ( SELF TEST ) terhadap CPU.
iii. BIOS membaca maklumat berkaitan dengan sistem komputer daripada peranti yang dinamakan
"CMOS' ( COMPLIMENTARY METAL OXIDE SEMICONDUCTOR ) yang berada pada chip
masa nyata ( REAL TIME CHIP )RTC bersama-sama dengan jam , sistem dan bateri.
iv. CMOS mengandungi maklumat yang berkaitan dengan perkakasan seperti :
Jenis pemacu cakera keras,pemacu cakera liut dan saiz ingatan utama sesebuah sistem
komputer.
v. Selepas maklumat dari CMOS dicapai BIOS kemudiannya menentukan jumlah ingatan utama
yang ada dan membandingkannya dengan nilai yang sedia ada di dalam CMOS.
vi. Sekiranya nilai sedia ada tidak menyamai nilai yang ada dalam CMOS,1 mesej amaran akan
dipaparkan pada skrin.
vii. Ada kemungkinan yang akan berlaku :
Sama ada terdapat masalah pada chip.
Penambahan jumlah ingatan tanpa terlebih dimaklumkan kepada sistem komputer secara
rasmi.
BIOS mencari sistem pengoperasian ( cth:WINDOW,LINUX,XP ) yang digunakan oleh
sistem komputer tersebut mengikut maklumat yang diberikan oleh CMOS.
viii. Setelah sistem pengoperasian ditemui BIOS menyerahkan tugasnya kepada sistem
pengoperasian tersebut.
CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS
BIOS adalah komponen utama dalam penetapan sesuah komputer. Penetapan BIOS adalah
dibuat oleh pengguna mengikut keperluan dan mempunyai kapasiti mínimum dan máximum
dalam penetapan nilai perkakasan yang ada didalam komputer
Perkara yang boleh ditetapkan didalam BIOS ialah :
1. Tarikh
2. Masa
3. Overclock
4. Boot Sequence
5. Graphic Sharing
6. Penggunaan port bina dalam (Build-in)
7. Penetapan perkakasan bina dalam (Build-in)
8. Penetapan semula ke penetapan kilang
9. Penetapan kata laluan
10. Penetapan penetapan maksima perkakasan
CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS
- Pada umumnya anda dapat menekan salah satu diantara kekunci dari: F1, F2, Del, Esc, F10 atau F12 pada keyboard ketika pada saat melakukan booting (skrin hitam pada saat komputer pertama kali dinyalakan).
BIOS adalah komponen utama dalam penetapan sesuah komputer. Penetapan BIOS adalah
dibuat oleh pengguna mengikut keperluan dan mempunyai kapasiti mínimum dan máximum
dalam penetapan nilai perkakasan yang ada didalam komputer
Perkara yang boleh ditetapkan didalam BIOS ialah :
1. Tarikh
2. Masa
3. Overclock
4. Boot Sequence
5. Graphic Sharing
6. Penggunaan port bina dalam (Build-in)
7. Penetapan perkakasan bina dalam (Build-in)
8. Penetapan semula ke penetapan kilang
9. Penetapan kata laluan
10. Penetapan penetapan maksima perkakasan
No comments:
Post a Comment